Dec 8, 2012

Dia & Fenomena

Fikiranku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang kabur di pandangan

Ku lewati di dalam diri
di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

UNIC - Fenomena .
Dengar lagu ni , serta merta teringat kat seorang sahabat fillah ,
one of Qatrunnada's .
Dia suka sangat lagu ni . Kalau pinjam mp3 saya mesti play lagu ni .
Instead of she loves nasyeed very much !
But yeah , the lyric is nice . Sesuai dengan jiwa dia  :)

Ada selisih yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Saya kagum dengan sahabat saya ni .
Kalau dia kata dia nak berubah , dia akan berubah .
Walau sikit mana pun perubahan yang dia buat , dia cuba untuk istiqamah .
Dia yakin semua benda yang jadi ada hikmah .
Ayat cinta febret dia ,
" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu buruk bagimu ,
Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui ."
[Al-Baqarah ; 216]

Masih ada pura-pura
Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah


Dalam ramai2 geng Qatrunnada , saya tak boleh tengok sahabat saya ni menangis .
Kalau tengok dia nangis , dengan saya2 sekali nangis sama .
Dia sangat mudah tersentuh tapi susah untuk menangis .
Sebab tu once she cry , there must be something she cant get through .

Kalau dia tengah marah , baik senyap , nanti perang meletus .
Kalau dia tengah moody , jangan kacau , nanti kena tempias .
Kalau mood dia ok , gurau lah nak gurau berapa bakul pun .
Yang special nya ,kalau dia rasa dia buat salah walaupun dia tak salah ,
 dia akan mintak maaf walau apa cara sekalipun .

Setulusnya hati ini
Menjalin silaturahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni
 Syahdu menjadi teman diri

Dia seorang yang komited .
'Just smile and nothing you cant overcome'
Ayat febret dia la tu .
Dia ada cara study dia sendiri dan kalau dia tak faham sesuatu 
dia akan cari orang yang lebih faham untuk bimbing .
Malam2 time PREP , kalau dah exhausted sangat otak ni ,
kiteorang akan pasang mp3 n nyanyi sama2 .
Mostly lagu UNIC coz kiteorang kan peminat fanatik ^^

AllahuRabbi . Rindunya nak spill kat dia .
Dia cantik . Dia baik . Dia caring .
The most important thing is , she is my sahabat fillah .
Sahabat sampai syurga , in shaa Allah .

Kasih saudara , jadi pudar warna
Kerana hasutan semalam
Biarkan berlalu pergi

Uhibbuki fillah , ukhty :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star