Dec 18, 2012

KRU 2012 Awesome !

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah . Peluang datang bergolek untuk terus bertinta . ececeyh !

Aiwah ! Kalau sebelum ni dah join Kem Qiadatul Janahu As-Syabab , LAUNCH , Nadwah Kepemimpinan Islam , etc etc dan kali ni muncul pula KRU , ohhsori , lupa nak introduce ^^"
KRU is stand for Kem Remaja Unggul yang dianjurkan oleh Suria Horizon dengan kerjasama Global Ukhuwah UTP dan bukanlah KRU music band tu :)

First time join kem luar ( I mean bukan dalam penglibatan skola ) membuatkan saya berasa sedikit cuak dalam keterujaan . Serius , saya tak tahu menahu pun pasal kem ni till Syakirah invited me . Biasalah , kalau kem luar ni memang ada lah bayaran nya sekian sekian . So , la budda kena lah jugak ambik syarat buat pembentangan kertas kerja kat parents selaku penaja utama , hee :D
Bentang punya bentang sampailah point 'kawan ajak' . Kawan Imtiaz ? Tak . Kawan SS ? Tak . Siapa ? Syakirah . Syakirah anak Ustaz Wahab ke ? Tak . Adik Ustazah Lin .
Hmm ? Well , yeah . I know her . Dah pernah jumpa pun *err , spesifiknya just terserempak!
# ukhuwah tu boleh spread anytime n anywhere dengan niat fillah , tak perlu tunggu tau serba serbi pasal dia pun aih .



14 Disember 2012
First slot kiteorang kat sana started around 3.30 p.m. with Ustaz Zamri . Ha , siapa tak kenal Ustaz Zamri ? Cepat2 ! Ohh , taknak mengaku ye.. ? o_O

This is all about our mindset . Betapa pentingnya menjadi seorang yang positif !
Yeah , kadang2 tu kita tak sedar yang kita ni pesimis rupanya , kan ? 
Jom sama-sama install semua virus n campak jauh2 , tukar software awesome !
One thing yang menarik minat saya dalam slot ni is Ustaz Zamri said that
"otak kita tak dapat nak bezakan antara imaginasi dan realiti , selalu hadirkan imaginasi yang positif untuk rangsang otak kita ke arah itu..."
Ustaz Zamri punya motivasi memang perggghhhh ! Mana tak nya , slot pertama pun kiteorang dah berjuraian air mata, *taptaptaptap , tak terkira banyaks .

*merakan kenangan bersama sama Ustaz Zamri

Dan lepas habis slot tu maka bertebaran lah peserta KRU ke bilik masing2 dan barulah saya sedar yang saya still tak dapat bilik . Cari punya cari mata pun tak kurang melilau sana sini still jugak tak jumpa  , mana lah fasi muslimat ni pergi ?
Then adalah sorang pakcik ni cakap , diorang tengah duk berkelah kat pantai sana nuh ha !
(sambil menginsyaratkan ke arah pantai)
Oh , ok , gotcha ! Perlahan mengatur langkah menghampiri empat orang fasi muslimat yang duduk sebaris menghadap pantai .
Semakin dekat jarak dengan diorang , semakin saya notice bahawa diorang bukanlah tengah berkelah semata-mata tapi diorang tengah tadabbur al-Quran bersama-sama . AllahuRabbi .
Rasa bersalah pulak datang jadi penyibuk kat situ .
*kalau kita lah kan mesti tengah duk bercakap serba serbi yang ntah apaper , ye tak ? ahha .

Malam nya tazkirah maghrib yang memukau daripada fasi muslimin , Abang Ridhwan . 
Topik nya , macam mana kita tahu Allah tu Tuhan kita ? Nak hujah lebih lanjut boleh ajak saya diskusi , deal ? ;)
And also slot seterusnya kiteorang dibahagikan mengikut kumpulan . 3 kumpulan muslimin 2 kumpulan muslimat . Kalau kat kem2 lain akan ada penghulu , kan ? KRU pun ada tapi special nya kami tak panggil penghulu , kena panggil Perdana Menteri (PM) that is Ashraf dan ketua kumpulan = Menteri Besar (MB) terdiri daripada lima org ; Ashraf , Firdaus , Amir , Kak Adawiah a.k.a. Kak Yah n saya :) 
Rasa sangat humble bila dilantik jadi 'Menteri Besar' memandangkan menteri2 besar yang lain semua matured2 . Challenge !

15 Disember 2012
Hari ni memang aktiviti penuh . Start dari qiamullail sampai lah slot terakhir yang berakhir lebih kurang pukul 1 . Whaddaya think huh ? 
Penat tak penat , peluang yang datang jangan dilepaskan !
Slot pagi with Abang Nik , pun berkisarkan diri sendiri . Macam mana nak jadi seorang remaja unggul , pemimpin yang hebat . Sejarah perjuangan zaman Rasulullah , kewibawaan Sultan Muhammad Al-fateh yang hebat . AllahuRabbi . Sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan kita hari ni .
Ada satu task , kiteorang diarahkan untuk cari pair n lukiskan seekor rama-rama yang di dalamnya tertulis harapan or something like that untuk partner masing2 . Me with Jannah , sweet understanding girl from SMA Al-Falah , Kemaman .

iloveyousomuchJannah ! :)

Next , LDK yang interesting . Ouh . Lupa nak introduce anak2 buah . ehhe :)
Kiteorang kumpulan merah . Red warrior habis aih . 
Afiqah . Ainul . Nurul . Yasmin . Nurin . Aida . Jannah . Syakirah . Saya . Cukup 9 orang .

"We are people beyond ordinary...!"
*ikut angpa la nak baca guna tone apapun XD

Tu kiteorang punya cheer , ciplak f5 MTS punya , hee . Idea Ainul yang bernas .
Macam2 games yang kiteorang main n kena main . Dan setiap games yang kiteorang main tu ada ibrah nya yang tersendiri . Impressive !

16 Disember 2012 
Eh ? Hari ni dah 'kena' balik rupanya . Nak extend boleh ? Ehhe %_%
43 orang peserta , dah jadi one big family sepanjang 3 hari 2 malam berkampung kat sini .
Ternyanyi-nyanyi pulak lagu Maher Zain .

Oh , youre my brother
Youre my sister
We're one big family
Oh , youre my brother
Youre my sister
Just one big family
*syahdu pulak gayanya !


Majlis penutup habis around 12 lebih jugak la sekali ngan sesi bergambar n bersalam-salaman . Salam punya salam , sampailah giliran Kak Yah . With her sweet enchanted smile , she said "Best student SPM tahun depan deh ?"
=.= tersentap rasanya mendengar harapan setinggi gunung tu . In shaa Allah .
Bukan mudah tapi tak mustahil . Mintak dengan Yang Maha Pemberi .
 Pray hard , work smart ! :)

Right . Sampai masa check out from D'Teratai Resort , Rantau Abang .
Mulanya , diramalkan bahawa saya akan balik dengan bas memandangkan stesen bas depan tu je ha . Then , expecting the unexpected , datang pertolongan dan kemudahan dari Allah melalui Syakirah :) . Balik la menumpang kereta Ustazah Lin . *muka dah rasa tebal semacam kalah tembokbesarchina !
# manusia merancang , Allah pun merancang , merancang dengan penuh cinta . Alhamdulillah .

* * * * * * *

Done with that . Stored as one of the kenangan terindah :)
Saya bersyukur sebab terpilih untuk sertai KRU dengan izin Allah .
Walaupun cuti kali ni saya tak berpeluang nak holiday kat mana2 tapi Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik . Ibrah yang dapat dicedok .
Sungguhlah , Allah Tahu apa yang terbaik untuk kita . Boleh jadi Dia tak bagi apa yang kita nak sebab Dia nak bagi apa yang kita perlu sebenarnya . Bersangka baik dengan Allah :)
Wallahu a'lam .

p/s : buat adik2 PMR tersayang , masih belum expired untuk meneruskan doa , bittaufiq wannajah , in shaa Allah !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star