Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Nov 24, 2014

Ajaib




Dah lama fikir.

Rasanya,

Tak semua orang yang nak pergi oversea akan terfikir 

yang dia mungkin akan sakit

yang mungkin dia akan masuk hospital

yang dia mungkin akan menjalani pembedahan

di tempat orang.





Dan,

Tak semua Allah pilih untuk bagi pengalaman tu.

Bahkan beberapa cuma.


Dengan lahjah darija yang tak fasih,

Dengan senior-senior yang baru je kenal sebulan dua,

Dengan rasa gerun tak punya daya,

Kebergantungan itu hanya pada Dia.

Kerana tak pernah sesaat pun ditinggalkan hambaNya.



Dan tidaklah sesuatu itu terjadi dengan sia-sia.


Banyak yang aku temukan

dengan pengalamian yang Allah khususkan,


*sori Kak Husna, i haplod u punya gambaq, mezyan :)



Salah satunya,

Aku temukan manusia-manusia ajaib.

Ajaib dari kanta seorang hamba.

Ajaibnya mereka,

tegar beralaskan selimut tebal di lantai dingin hospital 
untuk tetap menjaga,

dirham-dirham dihabiskan untuk bus dan taxi bagi satu perjalanan perrgi-balik tanpa berkira,

ulang alik bertukar ganti warga Rabat-Mohammedia-Casablanca 
seolah-olah jarak itu bukan apa-apa.


Mereka,

yang ambil alih tugas ahli keluarga sepanjang keberadaanku di sana

Kata mereka,

kerana kita sama-sama rakyat Malaysia,

kita satu keluarga, saudara seagama,

dan kerana kita sama-sama mahu ke syurga.



Sungguh ajaib mereka.

terlalu banyak pengorbanan dan jasa,

yang aku sendiri tak mampu membalasnya,

moga Allah kira semua dalam daerah pahala.



Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. 
Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.
Mereka bukan para nabi atau syuhada'.
Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka.
Ketika ditanya para sahabat,
Rasulullah menjawab, "mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah,
saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah. "
[HR Tirmidzi]



Jazakumullahu kheir :)

Allah ciptakan kita berbeza tapi matlamat kita sama.
Redha Dia.







Kuala Nerus, Terengganu,
24112014 
04:15




1 comment:

Najah Halim said...

ukhuwwah fillah ittu indah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star