BismiLlah.
Assalamualaikum :)
" Esok hari isnin ? "
" Ye, "
" Esok 3 November kan ? "
" Ha ah.. "
" Esok adik-adik SPM ! "
Hahh ?
Adik-adik form 5 2014 nak SPM dah ?
Sori lah, sebulan bertapa kat sini tak berapa nak up to date.
Tak ada TV nak tengok berita *cehh, alasan semata!*
Patutlah newsfeed di facebook banyak update pasal SPM.
Patutlah whatsapp mudir pun dibalas gambar wajah-wajah juniors yang cuak esok nak exam.
Patutlah.
Eh ?
Macam baru sangat rasanya 'rasa' tu berlalu.
Seolah-olah ia baru sahaja berlaku.
Es. Pi. Em.
*hoish, sape la ajar buat ejaan baru cenggini*
Seminggu sebelum SPM yang mendebarkan,
cikgu-cikgu bertukar ganti duk pantau siang malam,
ke hulu ke hilir dengan buku dan nota di tangan,
ada ketika tak lalu makan,
tak kurang yang bersantap bak harimau kelaparan.
Masa kian hampir,
Al-Hadid, Al-Waqi'ah berkumandang di sebelah malam
Berganti Yaasin di saat pagi datang.
Tiba hari yang dijanjikan,
solat hajat didirikan
sebagai lambang kerdilnya kudrat insan
dibanding hebatnya kuasa Tuhan.
Surau Al-Ajyad jadi saksi
ayah bonda yang sanggup cuti
untuk mendampingi anak-anak melangkah ke medan pertempuran.
Saat itu semua mata menyaksikan,
pelbagai mimik wajah yang dipaparkan.
Begitulah rutin kami sepanjang lebih sebulan.
Weh !
Dah dekat setahun rupanya ?
AllahuRabbi,
betapa pantasnya waktu.
Dan kemudian masing-masing membawa haluan
seusai salam perpisahan tanpa sedar dilafazkan.
Dan kemudian kembali bertemu di hari keputusan diumumkan.
Masing-masing menanti dengan penuh debaran.
Dan kemudian masing-masing mula bertebaran
di muka bumi Tuhan
mengejar impian menggalas harapan.
Matriks. UPU.
Dalam negara. Luar negara.
Seorang demi seorang terbang merentas benua.
Ke bumi Ashabul Kahfi.
Ke bumi Nabi Musa wa Harun.
Ke tanah pinggir Andalus.
Dan sekarang,
masa mereka.
Untuk mereka lalui apa yang pernah sama-sama kita harungi.
Pengalaman kita mungkin sama,
tapi pengalamian kita seakannya berbeza.
Mereka bakal masuk ke satu medan,
medan yang telah dahulu kita memasukinya,
dan hakikatnya,
kita sama sekali tidak pernah keluar dari medan tersebut.
Bezanya,
mereka berbaris di hadapan
sedang kita bertebaran di belakang dengan musuh berlainan.
Sahabat,
masa untuk kita menembak.
Tembak doa untuk mereka.
Dan untuk kita juga.
Mitak maaf. Mintak halal.

Dan ada jiwa yang hampir futur,
jelas dalam diri masih kabur rasa syukur.

Bittaufiq wannajah.
Allahu musta'an.
La Colline, Mohammedia
02112014
22:38
No comments:
Post a Comment