Oct 30, 2014

Penat


BismiLlah.


Ada ketika,
kehidupan seakan akan terhenti.

Lupa,
ke mana sebenarnya sasaran hati.
Lupa, 
ke mana diri nak pergi.


Penat sebenarnya
bila akal kita,
tak tercapai dek semua perkara.

Penat,
bila ada benda yang seakan tak kena.

Penat,
bila hati tak mampu untuk bertahan menepis prasangka.

Manusia ni, ragamnya pelbagai.
Letih,
bila usaha meraikan perbezaan diketepikan.


Lalu,
bagaimana permusafiran panjang ini ingin kau maknakan ?






Sepertinya
ada jiwa yang harus dimotivasi,
ada hati yang perlu dibersih suci.
ada prasangka yang harus diusir pergi.

Pesan ukhti,

" Keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Belayarlah. Dan bacalah. 
Bacalah dengan nama Tuhan. "


Tapi, 
sampai bila ?

Sampai bila-bila.

Nak melangkah, bukan senang,
sebab kita tak tahu masa depan, apa nak jadi.

Adatlah, kalau penat, kita rehat kejap.
Kumpul balik energy, bukan buat-buat mati.


Hammasah lah wahai jiwa !

Kata nak gapai redha Tuhan ?






Sesiapa pun mampu tulis,
tapi tak semua mampu rasa.

Mohammedia
30102014
08:55

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star