Feb 3, 2015

Best ?


In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful


Cerita minggu lepas.

Cerita bulan lepas.


Ceritanya,

seorang senior lama menjenguk adik2 nya yang baru melangkah ke gerbang pertempuran.


Cerita lagi,
seorang bekas pelajar menziarahi sang murabbi2 nya di sekolah baru.


Cerita lagi dan lagi,
seorang alumni datang bertemu mudir sebelum kembali berangkat ke tanah berjuang.


Generasi demi generasi,


Entah kapan lagi bisa mampir ke sini ?


*ecehh buat ayat sedih*


Tapi kira ok la kan, sebab tapak Ibest sekarang di Bukit Keluang.

Bukan Asrama Yayasan Pelagat.
Dan bukan depan Masjid Kampung Raja.


Adik-adik,

nak pesan skit ni.
Walaupun sekarang dah selesa di tempat baru,
jangan sesekali lupa di mana tempat kita bermula.



Soalan femes ;


" Best ke duduk Morocco ?"

Senyum.


Alhamdulillah. Best. Saya suka.


Alahai, nak jawab panjang2 pun baru lebih 2 bulan kut sebelum 'kena suruh' balik.

Biarlah, nak tulis jugak.


Wahai adik-adik,

first of all,
bukan mudah nak berurusan dengan komuniti yang tak sebudaya, 
yang tak sebangsa 
dan yang tak sebahasa.
Tambah lagi bangsa arab ni.
Banyak kerenahnya dik oi.

Hikmahnya, kita belajar sabar setiap kali berurusan.

Tapi jangan pulak judge semua orang arab macam tu, tak semua.
Ada je yang baik, yang tersangat baik pun ada.

Dan bab disiplin memang tak boleh dibanggakan sangat la.

Cuma jangan pulak rasa kita ni better sangat dari diorang ok.
Dengan itu, tanam azam bahawasanya kita perlu jadi lebih baik !

Maka ?

Gerangan apakah yang diterjemahkan 'best' itu ?


Ehem ehem.


Lupa eh ?

Hati kita ni Allah yang pegang.

Apa sahaja yang kita lakukan,

jika ia dikerjakan dengan sepenuh hati tanpa keterpaksaan,
akan memberikan ketenangan.

Asalkan benda yang kita buat tu benda baik la.

Kalau buat benda jahat dengan sepenuh hati tanpa keterpaksaan sekalipun,
takkan mampu bagi ketenangan.
Adalah kut 'rasa puas' sekejap.
Tak kemana jugak rasa puas tu kalau diburu gundah yang tak sudah kan ?


Kerana hati yang tenang itu lebih awesome dari hati yang bahagia.


Got it ?



*yang ni memang best!

Lagi ?

'Best' ni banyak takrif.
Boleh jadi berlainan pada setiap manusia.
Ada orang suka makan aiskrim perisa rapsberi.
Ada orang suka perisa strawberi, ada suka perisa keladi.
Ada jugak yang suka perisa jagung tapi jagung tak makan pun.

Nampak ?

Kening sama hitam tapi hati berbeza-beza wahai adik kakak :)
*Apatah lagi kalau yang kening tak warna hitam tu -.-


Walau bagaimana sekalipun,
setara mana 'best' pun tetap ada yang tak seberapanya.
Ada pasang ada surutnya, kena ingat benda tu.

Yang nak bagitahu kat sini,
bila benda yang kita buat tu 'best' maka perasaan itulah yang menggagahkan kita untuk kembali bangkit setelah rebah dek ujian.

Perasaan itulah jugak yang membuat kita terus bertahan walau bertimpa-timpa kepayahan membadai.

Maka, 
pilihlah haluan yang menjuruskan kita ke arah perasaan itu.

Bukan senang nak buat pilihan.
Sebab kita tak pernah tahu seperti apa masa depan.
Ilmu manusia yang dangkal tidak akan pernah mampu merungkai rahsia Tuhan.

Istikharah.
Mintak yang terbaik dari Allah.


Tidak ada satu perkara pun yang terjadi dengan sendirinya melainkan hanya dengan izin Allah.


Tamam ?




Dulu kalau tak lulus Addmath *Addmath lagi!* bolehlah jawab sebab tak minat, 
tak suka subjek ni walau sayang yang amat pada cikgu Addmath :)
Tapi sekarang bila dah berkecimpung dengan madah-madah yang memang dalam jajahan takluk minat dan suka, 
nak bagi alasan apa lagi bila dapat markah rendah ?


Moga tidak kita.

Semangat semua ye hadekhadek, hakakhakak sekalian !

Selamat masuk sem baru.
Selamat belajar dan belajar.






La Colline, Mohammedia
03022015
11:50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star