Jul 20, 2016

Anak Abah Nak Balik


*Actually, this is behind the scene of kisah 'Anak Abah Nak Balik'

13 JULAI 2016|8 SYAWAL 1437H
Kakak bersama dua orang sahabat seperjuangan akan pulang bercuti ke tanah air hari ini.
Flight Kakak jam 11.25 pagi waktu Maghribi.

Malam sebelum bertolak ke aeroport, Abah sudah menitip pesan panjang;
Baik-baik sepanjang perjalanan. Jaga barang-barang. Dengan kawan-kawan harus saling mengingatkan. Baca doa sebelum memulakan perjalanan. Cek boarding pass, pasport dan barang-barang penting biar selamat dalam jagaan. Transit nanti kenal pasti terminal dan gate dahulu sebelum ke sana ke mari ronda tempat orang. Sampai di KLIA, ambil bagasi dan terus ke kaunter untuk check in domestic flight ke TGG dahulu sebelum nak cari makan atau nak jumpa kawan.

Last whatsapp daripada Abah sebelum meng'flight-mode' kan Xperia Z1 Compact ;
'Selamat berangkat anak Abah.'

A bientôt Maroc.
Wake me up when September ends.
Bienvenue Malisie.
Sirih kini pulang ke gagang.





Ramai kenalan yang berjodoh dengan Kakak sepanjang 5 jam tersadai di KLIA.
Dari 'geng-kacik' Kakak n some of juniors batch Jilul Mansyud di Ibest,
family sahabat Maroc dari Kelantan, 
sampailah ke kawan *currently from Moscow and soon will depart to TGG also* yang sama-sama join Exchange Student to Japan almost 9 years ago.
What a surprise today ? 


Kakak angkat bagasi, berjalan ke Arrival Hall sambil tolak troli.
Perasaan apa yang sedang bertempur di dalam, diri sendiri tidak pasti. 
Sebab lama sangat tunggu bagasi, orang-orang lain pun semua dah pergi.

Adik yang paling dulu datang, 
Aiyss dan Acik menapak mendekat, 
Abang senyum di tepi tiang, 
Mama datang menghulur tangan, dan Abah .....

Abah mana ?


Adik menunjuk ke depan, Abah seronok merakam :)


Lainnya rumah sekarang.
Banyak penambahan di sana sini, pakaian adik-adik yang dulu bersepah pun kini tidak kelihatan lagi.
Sudah besar mereka, sudah tahu tanggungjawab dan prioriti.
Kakak buka pintu bilik. Kemas.
Lantai bersih tidak berhabuk, buku-buku kesayangan sepanjang zaman tersusun rapi tidak terusik,

barangan kiriman yang dipos untuk Kakak tergeletak di atas meja tempat Kakak selalu menulis, melukis. Lengkap semuanya.
Cuma tilamnya yang belum bercadar.
Acik dan Adik meluru masuk, meletak bagasi dan beg.
"Adik yang kemas bilik Kakak ?"
Adik sengih sambil beredar ke pintu bilik,
"Abah yang kemas bilik Kakak ni siap vacuum lagi, kan anak Abah nak balik...", 

Mama panggil untuk makan malam.
Kakak turun, semua lauk pauk sudah Mama hidang, Kakak cuma perlu ke sinki untuk cuci tangan.
Hari ini, Mama masak Nasi Ayam.
Kakak duduk di kerusi yang diletak label 'Kakak'.
Abah datang kemudian, duduk dan membaca doa makan. 
Malam ini malam jumaat, kami sekeluarga makan bertujuh.
Sesudah makan, Kakak ke dapur membantu mama mencuci pinggan.
"Bila Mama masak Nasi Ayam ni ? Harini kan Mama kerja..?"
Mama senyum,
"Hari ni kan Hari Khamis, Mama balik kerja awal, mama pergi pasar beli barang dapur. 
Abah request Mama masak Nasi Ayam hari ni sebab anak Abah nak balik..."

Esoknya, sudah ada yang bertandang ke rumah,
semata-mata mahu berjumpa dengan Kakak yang baru pulang.
Kakak sudah memandu di jalan, menghantar Acik ke kelas tambahan.
Lama Kakak memerhati, kereta Kelisa yang dulu selalu dipandu ulang-alik sehari-harian berkilat, berkilauan seperti baru dibeli semalam.
Aiyss cakap Abah yang basuhkan.
Dan Kakak dah tahu sambungannya, 
'...sebab anak Abah nak balik.'


Abah nak sangat beraya dengan anak Abah untuk 1 Syawal tahun ni.
Tapi anak Abah yang ini pula bersungguh-sungguh minta izin untuk beraya di sana, 
minta izin untuk pulangnya setelah seminggu beraya.
Abah tanya, kenapa ?
"Sebab Kakak nak sama-sama bantu kawan-kawan Kakak untuk Konvo senior-senior, Abah. Konvonya in shaa Allah dua atau tiga hari lepas raya. Tahun ni senior-senior Mohammedia ramai yang akan Konvo. 
Kakak nak join Konvokesyen diorang, boleh ya Abah ?"



Sekali pergi menuba,
sekali ikan merimbat;
apalah daya hamba,
tiada kesampaian hajat.


Abah dengar anak Abah ber'voice note' dengan teman-temannya di sana.
Abah perasan anak Abah berbalas-balas whatsapp, tulis status jam 2-3 pagi *hakikatnya jetlag masih berbaki*
Sebab laptop anak Abah rosak dah hampir sebulan dan belum pergi hantar baiki,
Abah pinjamkan laptop *bilamasa Abah ada lptop?* supaya anak Abah tak perlu ke cyber cafe kampung sebelah walaupun laptop Abah tak ada logo PMMM p.ng dan photoshop.
Abah sedar anak Abah gundah memikirkan program di sana, mengharapkan dia masih di sana menjalani kenangan-kenangan indah yang bakal dicipta bersama-sama.
Abah tahu.

"Konvo tu, hari ini ya ?"
Sempat Abah bertanya dalam kereta.


"Iya, harini, Abah."
"Tak apalah, in shaa Allah semua lancar. Ada hikmahnya tu. Ada rezeki lain yang Allah nak bagi kat Kakak ni, jangan sedih-sedih ya..."



19 JULAI 2016|15 SYAWAL 1437H
6 days passed.
Alhamdulillah, Istiadat Kovokesyennya telah pun selesai, positif semuanya.
Berturut-turut foto yang dikirim masuk ke whatsapp sejak semalam. 
Pada foto-foto itu ada senyuman-senyuman yang terhasil daripada begitu banyak doa dan perjuangan. 
Dan begitu banyak ucapan 'tahniah' dan 'terima kasih' bertebaran mencari tuan.
Dan 'bunga konvo versi mizah' juga selamat diagihkan. 
Dan tiba-tiba rindu dunia 'pengacaraan'. 
Dan terfikir, apa diri punya kesempatan untuk menjalani detik-detik indah sedemikian ?
Dan whatsoever .... 
and the rest is history.



- - - - - - - - - - - - - - - -

Mode sentimental yang dah lama hilang datang kembali, sejak bila ha ?


Yang bakal pulang ke tanah air,
aku punya permintaan.
Tolong bawa pulang hati dan jiwaku yang tertinggal di sana.
Tolong dibawa terbang sekali, ya ?




TGG, MYS
20072016
02:36

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star