بسم الله الرحمن الرحيم
Saya teringat satu perkongsian daripada Teacher Syafinaz masa Kem PMR yang lalu.
She told us about an ANALOGY.
What is it...??
Analogy is an inference that if things agree in some respects
they probably agrees in others.
Kira macam perbandingan jugak la.
And here,
saya nak kongsi satu analogi,
kasi test sikit menjadi ke tidak lessonnya.

Rightio;
Bayangkan
Anda mempunyai DUA biji gelas yang berisi minuman
Salah satunya berisi jus oren
Bayangkan
Anda mempunyai DUA biji gelas yang berisi minuman
Salah satunya berisi jus oren
Manis, bukan..??
Dan satu gelas lagi berisi kopi
Dan satu gelas lagi berisi kopi
yang TIDAK dicampurkan dengan gula..
Bagaimana rasanya..?
Tentu sahaja PAHIT..!
Jadi, sekarang anda campurkan sedikit kopi ke dalam gelas yang berisi jus oren.
Dalam jangka masa yang pendek,
warna jus oren tadi akan bertukar menjadi kehitam-hitaman.
Bukan sekadar warna, malah rasanya juga tentu sahaja ikut berubah.
Jus oren yang tadinya manis dan lazat diminum
sekarang sudah tidak terkata!
Bukan sekadar warna, malah rasanya juga tentu sahaja ikut berubah.
Jus oren yang tadinya manis dan lazat diminum
sekarang sudah tidak terkata!
Agaknya mahu dimuntahkan saja.
Nampaknya, kopi tanpa gula sudah memonopoli keseluruhan jus oren..
Nampaknya, kopi tanpa gula sudah memonopoli keseluruhan jus oren..
Samalah uga dengan iman kita.
Cuba kita bayangkan jus oren tadi adalah iman kita dan
kopi yang pahit itu pula adalah maksiat.
Walau sekecil mana sekali pun maksiat yang dilakukan, ia tetap akan menjejaskan kesejahteraan iman kita seperti yang terjadi
antara jus oren dan kopi tadi.
Setiap amal yang kita lakukan tidak akan memberi kesan kemanisan iman
jika ia disusuli dengan maksiat.
Lama kelamaan iman kita akan rapuh akibat ditenggelami maksiat
yang semakin menebal dan akhirnya ia turut
memberi kesan kepada akhlak kita (output).
Apabila akhlak mahmudah bertukar menjadi mazmumah, maka di manakah prinsip muslim/muslimah yang kita sanjung selama ini??
Iman manusia adakalanya bertambah, adakalanya berkurang.
apabila diri semakin jauh dariNYA, semakin kuranglah iman kita.
apabila diri semakin jauh dariNYA, semakin kuranglah iman kita.
Rasa kemanisan iman itu beransur pergi kerana kita tidak berusaha untuk memupuk dan menjaganya.
Allah memberi kita hidayah oleh sebab itu kita memperoleh iman.
hidayah hanya diberikan kepada hambanya yang terpilih.
Kemanisan iman tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmah di sebalik setiap apa yang kita lakukan,
mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”

(Muttafaq alaih)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid,
sedangkan pohon yang baik adalah daripada keimanan,
cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya,
daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

Manisnya buah ketika buah sudah matang,
dan puncak daripad
a rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain
seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.
Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman
dengan sebenar-benar keimanan dan penuh keikhlasan.Oleh itu, TIDAK semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau Mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman.
Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan,
tetapi wajib dimantapkan dalam hati,
dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.

Disalin, Disunting dan diolah.
No comments:
Post a Comment