Rindunya daku kepada bumi Madinah
Takkan terubat walau sudah ziarah
Sekalipun menangis berair mata darah
Hatikan tetap rindukan Rasulullah
Terimalah hadiah imbalan ziarah
Insan yang lemah ingin berqasidah
Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah
Berkat menangis di Raudhatul Jannah
Di suatu malam bulan yang penuh cerah
Baginda mengenakan pakaian serba merah
Lalu bersumpah Jabir bin Samurah
Jika dibezakan Nabi terlebih indah
Matanya yang terang sangat suka bercelak
Nampak di belakang dan depan serentak
Jinjang tengkuk Nabi sangat putih melepak
Tiada berdaki umpama pantulan perak
Dahinya yang luas, anak matanya hitam
Cahaya berhias, menatap kan tenteram
Tulang baginda kemas, saling kuat menggenggam
Rukanah tertewas lalu memeluk Islam
Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang
Tingginya yang sedang, dada luas berbidang
Ketika berjalan condongnya ke hadapan
Lajunya seperti turun tempat yang tinggi
Helaian bulunya tetapkan terus wujud
Hanya belasan uban, memikirkan surah Hud
Umpama pedang jaguh, hidung baginda mancung
Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung
Nafas berbau wangi, semerbak kasturi
Sukakan bersugi, yang busuk dihindari
Tak pernah menguap berkat cucian hati
Takkan pernah dihinggap lalat walau sekali
Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan
Segala pertuturan adalah wahyu Tuhan
Lebar bibirnya menandakan pemurah
Membaca Al-Quran dengan penuh fasohah
Baginda memilih hidup dalam berzuhud
Sekalipun maksum sangat banyak bersujud
Menipis isi tumit lamanya bertahajud
Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud
Putih bercampur merah, kulitnya mukjizah
Jelas kelihatan ketika malu dan marah
Lembutnya seperti kelopak ros yang merah
Di seawal pagi embunan masih basah
Segala yang baik dimula dengan kanan
Tidak suka membazir minuman dan makanan
Capalnya yang berkah, pernah menjadi teman
Di saat baginda bertemu dengan Tuhan
Digeruni musuh jika bersemuka
Tidak sukakan angkuh berjiwa mulia
Tanda kenabian di belakang badan
Sedikit tawanya membanyakkan tangisan
Siapa menyakiti puteri kesayangan
Umpama sakiti Nabi akhir zaman
Suka bergurau senda, sayang Husin dan Hasan
Bagindalah Nabi yang disayangi Tuhan
Fuqara masakin diberikan bantuan
Batu di perutnya menjadi ikatan
Takkan kekenyangan selain berjemaah
Jatuhan makanan dikutip kerana berkah
Sambutan maulid Nabi SAW berserta pengijazahan sanad Syamail Muhammadiyah oleh Syeikh Mun'im Al-Ghumari |
Alhamdulillah :) |
Sebab masih belum mampu mengingat matan dan syarah dalam bahasanya yang asal, bermesra dengan qasidah dalam bahasa ibunda ini sangatlah membantu memuhasabah dan tasyji3 diri untuk berusaha meneladani Nabi.
Moga ada manfaatnya.
Sollu 3layhi wa sallimu tasleema.
P/S: Pertama kali mengqasidahkan bait-bait indah ini semasa maulid tahun lalu 1439H di Sale.
Terima kasih team qasidah yang mendendangkannya dengan begitu merdu dan menusuk kalbu, sesungguhnya detik itu juga termasuk dalam kategori kenangan yang dirindu.
3 comments:
Hi tto every , for the reason that I am in fact keen of reading thhis weblog's post to be updated regularly.
It carries nice stuff.
Alhamdulillah..terima kasih
Tidak sukakan "angkuh" berjiwa Mulia
Post a Comment