Tulisan melambangkan peribadi.
Meski ia boleh ditulis padam, diolah-olah, ditokok tambah.
Dan aku,
antara jiwa yang percaya
bahawa
manusia bisa menyusun abjad menggunakan hatinya.
Lalu,
ada manusia yang jatuh cinta.
Tak kurang juga,
ada di sana yang terluka hatinya.
Sedang
ada yang kagum terpesona.
Juga
ada antara kita yang terbakar jiwa.
Jaga lisan.
Jaga tulisan.
Kerana sesungguhnya,
lisan dan tulisan itu mampu menjadikan seseorang itu muflis di 'sana'
Macam mana agaknya perasaan bila membawa seribu satu amalan di hadapan Allah,
tapi akhirnya jadi haba'an mantsura (debu yang berterbangan) ??
Na'uzubillah.
Tak tergambar perasaan itu.
Ampun dan maaf andai di sana ada yang terkilan.
Atas sebarang lisan mahupun tulisan yang dizahirkan.
coretan dinihari ;
0437
No comments:
Post a Comment