In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Terkebil-kebil mata
Membatu wajah riaknya tiada
Jasad kaku umpama patung bisu
tiadalah bernyawa
Kaki sesekali mengatur gerak sendiri
membetulkan sendi
menghilang gigil
Terkumat-kamit lisan
menutur baris demi baris
sambil minda menterjemah gigih
Ibarat makhluk asing dari Bintang Timur
ke sana sini diperhati
tindak tanduk setiap satunya
ada tubir mata mengekori
gemerlap kami bersinarlah seluruhnya
malap kami tiadalah yang bisa bangkit membela
Disapa salam bertalu
jawab kami sama sahaja
dengan segaris senyum,
dan mengecil lah saiz mata,
aset orang Asia
Disoal tidak pula kami diam
sekadar bermanis muka
membalas sepatah dua
memecah kelam
Ditanya lagi kenapa
alasan kami masih serupa
diam kami tidak banyak bicara
bimbang fikrah disalah sangka
Sedamai udara di musim semi
Matahari menyimbah cahaya
namun tiadalah terasa bahangnya
Kerana kami berdua cuma
Usah ditoleh ke kanan kiri
belakang, hadapan juga
tiada kan terjumpa
Yang sama itu mereka,
kerana ajanib itu kita.
p/s : Joyeaux Anniversaire to my one and only Ajanib classmate :)
Barakallahu feek !
Hall 21 UH2M,
29042015
12:12
No comments:
Post a Comment