Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Sep 22, 2018

Kisah 'Siti'


Kemboja dari hulu?


KISAH 1
[April 2015 | Clinique La Colline, Mohammedia]

Kisahnya, seawal pagi yang indah di musim bunga ini saya telah menapak keluar untuk ke klinik kesihatan, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari rumah sewa. Gigih pergi awal-awal pagi ni sebab taknak menunggu lama, semata-mata nak dapatkan syahadah tibbiyah (keterangan doktor tempatan berkenaan keadaan kesihatan tanpa perlu buat medical check up kali kedua - sebab dah buat kat Malaysia). Syahadah tibbiyah ni salah satu dokumen yang diperlukan untuk membolehkan foreign student buat ID card Morocco.

Masuk bilik doktor, bagi salam sambil senyum, letak borang atas meja dan tercegat je depan pintu.

"Maliziya?" Doktor lelaki lebih separuh abad menyapa.

"Na3am."

Doktor senyum segaris.
"Aina zaujuki?" (Mana suami kamu?)

Hah? 
Doktor tanya saya kah? Dan kali kedua ni, doktor ulang lagi sepatah-sepatah soalan tadi.
"AIna zaujuki alaan?"

"Ana lastu mutazawwijah." (Saya belum bersuami)

"Lasti mutazawwijah? Kam 3umrukil alaan?" (Kamu belum kahwin? Berapa umur kamu sekarang?)

Aduh doktor, propaganda apakah ini? Sudahlah urusan ni redah sendiri je memandangkan akhawat Mohammedia yang lainnya dah buat dulu. Kata diorang cuma masuk, letak borang dan tunggu doktor tu siapkan syahadah je, tak ada pula diorang cakap kena soal siasat macam ni.

Geleng, "19."

Doktor kembali meneliti borang, berkerut-kerut dahinya. Cuak juga ni, apa yang tak kenanya?

"Saya ingat kamu dah kahwin. Hm, jadi kalau macam tu, saya rasa kamu salah tulis ni. Depan nama kamu ni kamu tak sepatutnya tulis 'Siti', lain kali tulis 'Aniisah'. Aniisah bima3na madmoiselle(cik)..."

What??
Merah padam juga rasa muka masa tu, tahan gelak punya pasal. Adeh. Siti tu memang nama saya lah doktor, ada ke nak kena tukar letak Anisah pulak? Geli hati sungguh. Nasib baik faham isu sebenar.

"Doktor, sebenarnya 'Siti' tu memang nama saya juga,
سيتي هي اسم العادي في ماليزيا و انيسة أيضا اسم العادي للنساء
."عندي زميلتي هناك اسمها انيسة
('Siti' nama yang biasa di Malaysia, 'Anisah' pun sama juga. Saya ada kawan di sana namanya Anisah)




KISAH 2
[November 2016| Tahlil Nas Kelas Sard Hadith, UH2 Mohammedia]

'...ستي لم تلتقط أذني منه إلا كلمة 
Imane berhenti baca, dan secara magisnya aku dapat rasakan semua mata menoleh ke sini. Ohoi, bila jadi satu-satunya ajanib memang macam ni ke? 

Ustaz Touba pelik lalu bertanya, "Na3am, maaza?"

Houda dengan baik hatinya telah bercerita dulu,
"...dekat nama dia ada 'Siti'..."

Siti yang dimaksudkan dalam teks kami ini ialah gelaran hormat kepada majikan yang budiman disegani oleh seorang budak perempuan si pembawa roti.

"Nama kamu memang ada Siti?" Ustaz melontar soalan, raut wajahnya pelik bercampur teruja.

"Iya, ustaz. Di Malaysia, ramai yang namanya Siti juga. Siti nama biasa untuk perempuan di negara kami"

"Ustazah Harbouch cakap Siti berasal dari kalimah 'Sayyidati', panggilan hormat untuk wanita yang mulia, terutama di Parsi."
Houda kembali menyambung cerita, dan ustaz mengiyakan sahaja dan menambah perisa,

"Siti merujuk kepada gelaran yang baik-baik. Di Morocco susah kita nak jumpa perempuan yang mendapat gelaran Siti. Tapi di sini ada sebuah penempatan di Marrakech yang cantik dinamakan Sedti Fatma, ha itu merujuk kepada 'Siti' sebenarnya.."

Fatima kat sebelah dah buat nota kaki.

Dan saya?
Senyum ja lah, apa nak buat lagi?

Ya, nama saya Siti.


KISAH 3
[23/08/2018 | Majlis Tunang Kak Moh & Abang Iskandar - Kg Wakaf Mesira, Tepuh, TGG]

Rombongan lelaki dari Marang masuk ke ruang tamu rumah, bersalaman dan mengambil tempat. 


Abah memainkan peranan selaku wakil tuan rumah memandangkan mak dan ayah Kak Moh dan adik-beradiknya seramai 9 orang sudah tiada. Tak adalah majlis besar pun, ikutkan antara keluarga lelaki dan perempuan sahaja, cuma dah alang-alang raya haji kedua, keluarga pun ramai balik berkumpul, jadilah ramai juga.
Kak Moh sepupu saya, anak kepada arwah kakak abah yang saya panggil Mak Lah. Kak Moh, Siti Fatimah namanya.

Selepas alu-aluan, wakil bagi rombongan lelaki mengambil alih agenda ke arah menyatakan hajat tulus kedatangan mereka. 

Kata wakil mereka,"Kami datang nak merisik sekali gus meminang Siti untuk Iskandar. Harapnya memang kira 'jadi' teruslah!"

Abah tanya lagi, 

"Jelas dah tu hajatnya, cumanya ada ramai Siti kat sini. Yang dimaksudkan tu, Siti yang mana?"

Kami sepupu sepapat tersengih-sengih je menyorok belakang mak-mak saudara sekalian. Sekali, yang jadi wakil pihak lelaki tu tak ingat pula Siti apa namanya, ah sudahlah. Hingar dengan gelak tawa saudara mara kedua-dua belah rombongan bila tak ada pun yang ingat Siti yang mana satu gerangannya yang hendak dipinang. Kebetulan adik beradik Kak Moh semua yang perempuan namanya bermula dengan Siti. Siti Hanisah, Siti Fatimah, Siti Hajar, Siti Sarah, Siti Nur Amirah. Tambah lagi 3 orang Siti anak abah ni, ha, pilih!


Sampaikan adik Abang Iskandar skrol cari facebook Kak Moh untuk memastikan nama penuh beliau, barulah proceed to the next agenda. Rupa-rupanya memang diorang kenal Kak Moh dengan nama Siti je, jadi duk panggil Siti je memanjang dah tak teringat nama panjangnya apa.


"ٍSiti-Siti yang lain ni, nama facebook tu tulis biar nama betul, senang orang nak stalk masa-masa kecemasan macam ni." Sempat lagi Che Su berseloroh.


Adeh. Ada juga kisah yang macam ni rupanya. Takpa, Che Su. Saya punya facebook takda letak Siti lagi setakat ni.

Semoga lancar urusan-urusan berbaki untuk ke langkah seterusnya buat Kak Moh dan Abang Is!


- - - - - - - - - - - - - -

Kalau dulu zaman sekolah rendah, yang nama Siti ini pun popular dia boleh tahan juga. Menumpang kemasyhuran selebiriti-selebriti tempatan terutamanya Siti Nurhaliza lah. Sir Salihin memang dari mula-mula masuk taekwondo dulu lagi duk panggil 'Siti Nurhaliza', sori Tokti, pinjam nama. Bila turn adik masuk training pula jadi 'Siti Nurhalizup'. Kata Sir, 'zup' tu bunyi tendangan padu. Hahah, macam-macam cerita ada.

Hm, cuma adalah musykil sikit tang kumpulan Exists suatu ketika dulu yang pernah popular dengan lagu;
'kerana percayakan Siti'.


Moga para Siti di luar sana memaknakan hidup dengan baik,
kerana namamu begitu berharga.

Nama saya Siti. 
Er, nama awak?





Teringat cerita-cerita ni,
sebab tadi tiba-tiba ada orang panggil Siti.
22092018|Ulangtahun ke-4 'Morocco, nantikan hamba'.
Mahallah Ameenah,
KUL, MYS.

3 comments:

Anonymous said...

Heya i am for the first time here. I found this board and I in finding It truly
useful & it helped me out a lot. I am hoping to give
something again and hhelp others like you
aided me.

anisahalyahya said...

Err, nama saya Anisah :D

M I Z A H L E E said...

Eh, hai Anisah. Lama tak dengar cerita. Semoga baik-baik saja keadaannya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star