Hati-hati menyusun kata.
Mungkin di sana
ada yang terluka hatinya,
lantaran kita.
Sama ada yang ditutur satu persatu di hadapan muka,
atau cuma lewat pesanan suara,
termasuklah yang ditulis di media,
semuanya, waspadalah.
Hati-hati.
Kekiotikan dalaman
kita sangka apabila diluah akan difahami
ironinya menemukan makna dari pintalan rasa itu tidak mudah,
wahai kita.
Jikalau tidak berada-ada,
masakan tempua bersarang rendah?
Ya sudahlah, jujur saja
tidak perlu berpura-pura.
Bersetuju biarlah dengan kefahaman
bukan sekadar untuk menyelesaikan,
tapi nun di sini sana dihambur propaganda,
kencang.
Kelak tersadung keputusan sendiri,
dengan alasan apa mahu bertongkat bangkit nanti?
Sembunyi hanya bila perlu,
bukan untuk berselindung dari kenyataan
dan rasa puas nafsu.
Kalau tak jujur, nilai yang lain pun akan hancur.
Barangkali antara berlaku jujur dan menjaga hati,
ada garisan yang sering dilampaui.
Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.
Andai kefahaman tiada titik temunya,
pengalaman orang di kiri kanan pun tiada berguna.
Air setitik hendak dilautkan, tanah segenggam hendak digunungkan.
Segala yang lepas sudah berada di sempadan hidup Andai kefahaman tiada titik temunya,
pengalaman orang di kiri kanan pun tiada berguna.
Air setitik hendak dilautkan, tanah segenggam hendak digunungkan.
Betapa sukarnya menjadi waras
ketika persekitaran berubah iklim kewarasannya.
ketika persekitaran berubah iklim kewarasannya.
Berlaku adil lah,
sekurang-kurangnya dengan perasaan sendiri.
Namun apalah jua imbalannya membicarakan bisa lebah
kepada seseorang
yang selama hidupnya
belum pernah merasakan sengatan?
sekurang-kurangnya dengan perasaan sendiri.
Namun apalah jua imbalannya membicarakan bisa lebah
kepada seseorang
yang selama hidupnya
belum pernah merasakan sengatan?
yang tidak mampu lagi dijajah.
Walau bagaimanapun juga, kita tidak tahu entahkan apa pengorbanan dan perjuangan yang harus ditempuh seseorang itu untuk sampai ke detik ini, di fasa manapun.
Lalu penawar kita apa?
Teruslah bertahan dengan keyakinan, sangka baik lagi dan lagi.
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk, Teruslah bertahan dengan keyakinan, sangka baik lagi dan lagi.
semoga dikuatkan juga kita dari segenap arah.
Mudah-mudahan kesemuanya ujian yang mendekatkan, bukan hukuman yang melalaikan.
"Semoga dipermudahkan."
Acapkali diucapkan.
Tapi, hati benar-benar mengharapkan keajaiban, setiap dari kita pastilah demikian; menga'aamiin'kan ucapan yang baik, doa-doa tulus daripada insan-insan sekeliling, agar urusan benar-benar dipermudahkan Tuhan.
Kita tidak pernah tahu, doa siapa yang lebih dahulu Tuhan kabulkan.
Andai Allah takdirkan sesuatu berlaku sesuai yang kita hajatkan, apa benar asbabnya doa kita sendiri? Atau sebenarnya hajat yang tumbuh dalam doa orang lain yang Allah perkenan.
Takdir Allah terlalu rahsia, hanya akan terungkai sampai waktunya yang tepat.
Rahmat Allah, itulah yang dihajatkan sentiasa, selamanya, untuk ke syurga.
ولو لا فضل الله عليكم ورحمته
Kebesaran Allah. Kekerdilan kita.
Rapuh di situ, retak di sini.
Tercicir di hujung sana.
Tercicir di hujung sana.
Moga Allah sentiasa kuatkan
untuk mengutip bahagian-bahagian dari kehidupan ini
dengan jalan ketaatan.
Pengakhiran Syawal 1440H,
TGG, MYS.
Pengakhiran Syawal 1440H,
TGG, MYS.
No comments:
Post a Comment