Sahabatku yang baik,
ini ialah sebuah memoir, kupahat kembali perca-perca kenangan lalu, juga catatan harapan hari-hari mendatang.
Sahabatku yang tulus,
tahun ini dan tahun lalu aku rasakan tahun yang begitu banyak kejanggalan. Antaranya termasuklah berjarak denganmu. Benar, jasad kita jauh,
sudah lama kita tidak bertemu, semakin jarang juga kita berbual mesra. Kita masing-masing sedang memperjuangkan hidup di titik temu yang tidak lagi selari, seperti dulu.
Sahabatku yang jujur,
Aku sering berasa janggal kerana engkau tidak pernah melihatku ganjil dengan perwatakanku yang tidak handal mengekspresi.
Sahabatku yang penyayang,
Sahabat yang aku rindukan lebih kerap dari kekerapanku menggunakan pendrive kembar kita, ketahuilah bahawasanya aku juga berasa janggal tatkala kau bertanyakan "kenapa?" saatku berada di hadapanmu dan mataku gagal menyembunyikan luka. Aku diam, tapi kau tidak pernah memaksa aku membuka bicara. Kau akan bersenandung ceria, melagukan kisah-kisah lucu dan 'bbolah' setiap kali aku terlupa untuk ketawa.
Sahabatku yang setia,Sahabat yang aku rindukan lebih kerap dari kekerapanku menggunakan pendrive kembar kita, ketahuilah bahawasanya aku juga berasa janggal tatkala kau bertanyakan "kenapa?" saatku berada di hadapanmu dan mataku gagal menyembunyikan luka. Aku diam, tapi kau tidak pernah memaksa aku membuka bicara. Kau akan bersenandung ceria, melagukan kisah-kisah lucu dan 'bbolah' setiap kali aku terlupa untuk ketawa.
walau beberapa tempoh kebelakangan ini antara kita tiada khabar berita, bertukar cerita, tapi aku tahu kau sentiasa ada. Aku berasa janggal apabila mendiamkan kekhuatiranku, sedang kau sudah terlebih dahulu mampu membacanya. Kau damaikan sebuah rasaku, kata kau; "perdamaian dengan takdir hanya perlukan masa.."
Juga saat kau jujur menata kata hatimu; "aku akan doakan mg sungguh-sungguh mizah, sebab aku pun terkesan sama. Aku tahu mg boleh, mg meme jenis kuat tanpa mg sendiri sedar benda tu.."
Sahabatku yang lembut hatinya,
percayalah, aku akan merindui segala tentangmu. Tentang suatu hari kau sebagai Timbalan Exco Sukan menyampaikan hajat agar aku sanggup mejadi pic acara ping pong pada Sukan Sea 2015 ketika kau berada di tanah air. Tentang episod petualangan kita di Selayangku Sayang pada cuti musim panas 2016. Tentang hari aku menemanimu masuk ke qa3ah di fatrah muraqabah nihaeiah Kenitra. Tentang Februari 2017 yang menghadiahi kita kenangan ke Ma3ridh Kutub, juga kisah kau ke maktabah La Colline untuk mendapatkan 'pendrive' yang sama, yang akhirnya kau bawa ia sampai ke tanah Andalusia, kau kirimkan gambar, ku simpan ia sebaiknya.
Tentang tudung bawal glitter merahku yang kau pinjam pakai gaya shawl ke Diskusi Bersama Dr MDB pada malam selepas kita bergelap dan kau bertanyakanku soalan di luar duga.
Sahabatku sayang,
aku berasa janggal bilamana tiada mampu diri ini berada di sampingmu, menadah telinga menumpangkan bahu meredakan rawanmu yang dahulu.
Janggal juga terasa andai di hari bahagiamu nanti aku tiada di sana menyaksikan senyum manis penuh syukur indah tersimpul di bibir menaikkan serimu di pelaminan.
Terlalu janggal untuk aku pinggirkanmu dari rutinku.
Aku juga begitu.
Aku akan sentiasa mendoakan yang indah-indah untukmu, selayaknya kamu.
Moga Allah rahmati ukhuwah kita, sampai nanti bertemu di 'menara cahaya'.
Kebahagiaanmu, kecintaanku.
Sahabatmu yang rindu.
KUL, MYS.
01032020, 22:45.
No comments:
Post a Comment