Soalan itu
diulangya lagi,
soalnya;
"..seperti apa pengganti
yang kau cari?"
Ku beri jawab,
aku betah sendiri,
sudah terbiasa mandiri,
begini.
Aku tidak perlukan pegganti
sama sekali,
sokongan dan rasa percaya mereka
padaku sudah memadai.
padaku sudah memadai.
Ini bukanlah silapku,
bukan juga silap mereka,
bahkan bukan salah sesiapa.
Yang ingin pergi,
dilepaskan sahajalah.
Itu pilihan,
tiada yang salah.
"Terimalah yang baharu
dan beradaptasi
demi kepentingan sebuah misi
yang bersama kita galasi,"
ujar mereka pada suatu hari.
Akur membenarkan,
beralah.
Ku relakan rasa itu bermigrasi
jauh.
Permusafiran jiwa
dari banjaran Atlas Tinggi ke ibu kota
masih sahaja tidak menemui
titik temunya.
Adakah nyanyian stalagmit
di lantai gua itu masih terngiang?
Baragkali.
Sehingga sukar sekali menjejak
deruan enjin kereta api.
Ah, sebegini sibukkah penduduk kota?
Untuk kesekian kali,
hamba ini bukan orang gua,
kesendirian bukan latarku yang setia,
jauh sekali menjadi manusia kota,
sesak sukmaku dalam riuh pikukya.
Aku hanya orang biasa-biasa,
menumpang teduh di teratak pinggir pantai
sempadan dua benua,
seorang insan polos yang punya cita
dan mencintai jalan juangnya!
Semoga migrasi ini lebih bermakna.
Semoga.
Catatan Januari 2016,
Daerah Tenang.
No comments:
Post a Comment