Jun 28, 2020

Hari Ini dan Semalam

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.



Dua hari yang penuh dengan kejadian dan campur baur perasaan, walau hakikatnya diri bukanlah watak utama.

Petang ini dikejutkan Kak Ika dibawa ke HKL sebab sakit perut dan disyaki appendiks. 
Berderau darah rasanya. Peng tegur kenapa Mizah nampak pucat?


* * * * * * *

Saya tulis ni betul-betul lepas saya baca story whatsapp awak, Yani.
Awak kuat, sangat kuat, dan saya doakan awak agar terus kuat. Kita sama-sama 'kak long', banyak kisah yang dah kita kongsi sembangkan bersama-sama, yang kadang hanya anak sulung je yang faham.

Pagi tadi (pun lepas baca whatsapp story awak), saya bungkam depan PC terbuka. Sedar tak sedar dah mengalir air mata. Entah apa yang awak rasa, saya tak tahu. Maafkan saya andai saya bukan seorang sahabat yang supportive pada saat-saat mendung awak. Awak anak yang berbakti, in shaa Allah. Ummi awak dah tinggalkan aset berharga sekali gus sudah berbekal di sana.

Maafkan tangan ini yang tak mampu mendakap, mengusap ubun-ubunmu.
Maafkan saya yang jauh di ibu kota ini, tak mampu hadir ke sisi mendampingi.


* * * * * * *

Setahun, tempoh yang panjang. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi dengan izin-Nya.
Dia Maha Berkuasa menahan daripada sesuatu berlaku. Adapun jika Dia berkehendak, maka segala apa yang mustahil bagi manusia juga boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja, tidak perlu sampai satu tahun pun. Semoga dibimbing kehendak kita selari dengan kehendak-Nya sentiasa.


Allah ma3ak.
Allah ma3ana.
:')

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star