Aug 10, 2018

Pulang The Movie | Ulasan & Refleksi


“Biar pecah asal pernah belayar, Che Thom. Apa gunanya kapal jika hanya bersauh di tepi pantai...”

PULANG - Sebuah kisah epik yang disandarkan kepada kisah benar yang dipendam selama 61 tahun lamanya (ma shaa Allah!). Tentang Othman, si anak laut dan Che Thom si gadis darat, mencari titik temu untuk saling mengerti.


Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menonton filem Melayu di pawagam. Bukanlah kerap mana pun ke pawagam memandangkan negeri Terengganu boleh dikira pawagamnya sejak beberapa tahun sudah. 
Bila diulang tayang teaser Pulang The Movie, the very first thing yang buat saya notice the film was the song. Ah, lagu Sayang Disayang! Lagu lama sangat dah tu. And this is how OST works isn't it? OST sesebuah filem atau drama memainkan peranan yang kuat sebenarnya dari segi nilai komersial dan pasarannya(terutama lagu-lagu lama yang jarang didendangkan). Samaalah keadaannya semasa menonton Hafalan Solat Delisha dulu. Terus tercari-cari lagu ibu tu, teringin nak dengar lagi. Bila dah dengar, terus bergenang, meleleh. Adeh, parah.

Kemudiannya, penggunaan bahasa Melayu bakunya menambat hati, tambah pula filem ini dicetuskan dari kisah benar. Oh, dah ada yang kata filem ini jiwang! (well, saya dah kena reject mentah-mentah dengan 2 orang yang saya ajak untuk menonton sama, dengan alasan ini.) Mungkin perkataan yang lebih tepat untuk menggantikan 'jiwang' bagi filem ini adalah melankoli? Rindu-rinduan.
Emosi yang bercampur baur mengikut rentak plot. Ada gerun, sayu, damai, geram, pedih, lucu pun ada. Dan bagi saya, yang sebenarnya filem ini filem aksi bertema kekeluargaan.

Kalau sebelum ini drama Nur Kasih dan Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia mendapat sambutan yang sangat baik, kali ini beliau sekali lagi muncul dengan Pulang, nyata tidak mengecewakan!

Entah tulisan ini layak dipanggil ulasan atau tidak, saya tidaklah berniat menulis secara terperinci, cuma sebuah refleksi ringkas sahaja. Pengalaman ber'bedah filem' sebelum ini pun hanya melalui lisan, jadi maafkanlah andai ada terma yang kurang sesuai digunakan. Ayuh, kita mulakan :)


1.   (Overall view) – First impression orang biasanya tengok sinematografinya. Untuk Pulang, sememangnya patut dipuji masyarakat, mantap! Plot. Fuhh. A very strong storyline. But, of course lah kan, cerita yang dihasilkan dari pengalaman orang lebih tembus ke perasaan. Keaslian jalan ceritanya murni, teliti walau terlihat sederhana apa adanya. Penghayatan watak yang sangat baik. Skrip yang santun. Dialog yang ringkas tapi ada falsafahnya yang tersendiri. Tinggal lagi, alangkah lebih baik jika watak Othman dan Omar juga lebih jelas penggunaan Bahasa Melayu bakunya.


2.   Jati diri. Sejarah bangsa dan survival orang Melayu yang kuat. Bermula dari habitat ‘orang pantai’, beralih ke scene gerun meloloskan diri dari Jepun, bagaimana nama Omar dipilih sangat terasa melayunya, hidup dalam masyarakat yang saling membantu, menjaga patang larang orang Islam. Juga, inilah filem komersial yang bercerita tentang merajuk dan ragam orang Melayu yang berkecil hati dan membawa diri. 


3.   Komunikasi. Atau kombinasinya begini ; komunikasi-ekspektasi-konklusi.

Back to 1960-an, kita tidak dibekalkan dengan smartphone yang boleh facetime ke whatsapp call ke skype ke untuk saling berhubung. Poskad bukan pos hari ni dari Hong Kong esok boleh sampai depan rumah di Serkam.Tidak semua kita handal mengekspresi perasaan melalui tulisan dan tidak pula semua dari kita mampu membaca tulisan senada dengan rasa sebenar yang penulis mahu ia disenandungkan.

Apabila gagal berkomunikasi, kita akan diterjah asumpsi yang pelbagai dan akhirnya tidak mustahil akan terjatuhlah kita ke lubang konklusi yang menyimpang. Kalau dari awal dah ada simptom-simptom berlakunya salah faham, bertindaklah segera membetulkan keadaan. Usah biar berlanjutan, nanti dah sesal tiada gunanya lagi. Sakit. Yang menanggung bukan cuma sebelah pihak, tapi kedua-duanya sekali. Bayangkanlah, saya yang ‘tertipu’ dengan twist plot filem ini pun terasa ‘sakit’nya.
Let go of our egos and communicate well. We can change it before it’s too late, right?


4.   Tentang cinta yang tulus, tentulah filem ini juga mendukung nilai cinta yang kuat. Cinta, dari sisi Che Thom, bukan dengan harta dan kemewahan dunia, cukup dengan kebersamaan dan keberadaan insan yang dicintainya di sisi.

     Tapi, tidak mudah juga sebenarnya dek realiti hidup di zaman mana pun tetap ada ranjaunya. So, this is it. Teruji mereka dengan jarak yang mengukur kadar setia. Distance shouldn’t matter the love. (Heheh, senanglah cakap kan) Dengan kekuatan cinta itulah Othman rela berjauhan, berkorban semata-mata untuk mengubah hidup keluarganya. Che Thom, tabah menjaga dan membesarkan Omar, sendirian menyusul ke Hong Kong atas faktor apa jika tidak kerana cinta?
     Sebab itulah kita orang islam diajar untuk sentiasa berbaik sangka, berdoa dan tawakkal. Minta pada Dia taat dan taqwa. Taat pada Pencipta, setia pada manusia.


5. Nilai persahabatan yang merentas zaman dan benua. Integriti dalam persahabatan Othman dan Lum adalah hal yang sangat mengharukan. Kalau dua watak yang berbeza bangsa dan pegangan agama persahabatan mereka mampu seteguh ini, apatah lagi yang seagama, sebangsa, malah sefikrah pula. Lebih manis tentunya. 
Dan boleh ke saya nak kata chemistry antara Othman dan Lum ni lagi kuat dari Othman dan Cik Thom?


5.   Lum is my favourite character. Haha. This is randomly pointed by me. So, why Lum? Sebab dia ala-ala saviour of the broken, yet the unsung hero jugalah kiranya. Peranan dia sikit-sikit tapi besar dalam membangunkan kebayakan plot. Lum;  a wise chinese man. Cerdas, panjang akal, berani, sentiasa cool dengan random trick walaupun berisiko tinggi, kawan yang sangat jaga kawan, yang ada waktu senang dan susah. How he protected his friend more than himself. And the best thing for me is; Lum karakter yang ‘pandai’ move on. Masuk kandang kambing dia mengembek, masuk kandang harimau dia mengaum. Tapi dia bukan ‘kacang yang lupakan kulit’.


6.   Pendidikan. Yes, I like this! Sesukar mana pun ujian kehidupan yang menghimpit, Omar tetap dididik ke sekolah. Omar boleh membaca dengan baik. Bahkan Omar sentiasa menyarankan agar maknya belajar membaca sepertinya, agar nanti maknya juga mampu membaca terus poskad-poskad kiriman abahnya dari rantau orang. Jerih perih yang akhirnya berbayar apabila Omar berjaya ke London untuk menyambung pengajiannya di peringkat master. Bukankah keberadaan Omar di London kunci kepada peleraian filem ini?


7. Multilangual. Bahasa mampu menyatukan manusia. Bahkan terbukti sejak berkurun lamanya. Aset penting untuk memudahkan komunikasi. Menjalani hidup bertahun-tahun lamanya belayar di atas kapal merentas samudera ke negara-negara yang menjadi kuasa besar dunia, juga bergaul dengan anak-anak kapal yang majoritinya kaum cina menjadikan Othman mampu berbahasa cina dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
     Bahasa membawa kita mengenal budaya dan masyarakat. Helah Lum untuk menyelamatkan Che Thom berjaya, bukan?

     Dulu, dalam kelas Translation, Ustazah Dahri selalu ingatkan;
     "Kamu, anak muda belajarlah banyak bahasa. Bayangkan kita ada rumah yang ada banyak tingkap. Semakin banyak tingkap, semakin teranglah rumah. Rumah umpama minda kita dan tingkap itu bahasa. Maka, semakin banyak bahasa yang kita pelajari, makin celiklah minda kita." 
     Tak gitu, gais?


8. Hikmah. Setiap apa yang terjadi dalam hidup ini bersebab. Setiap orang yang kita jumpa sepanjang jangka hayat hidup sebenarnya medium perantara sesuatu yang Tuhan takdirkan untuk kita, yang Dia rezekikan untuk kita. Asbab Che Puteh uzur, Che Thom datang ke Serkam, berkenalan dan berjodoh dengan Othman. Asbab Lum punya random trick, Othman mampu pulang ke Serkam untuk pertama kali, Che Thom terselamat dari 'ibu ayam' di Hong Kong. Dalam hidup kita sendiri juga pasti ada manusia-manusia sebegini. Dan tanpa kita sedar, kita juga mungkin menjadi perantara rezeki Allah kepada hamba-Nya. Simbiosis yang indah, sungguhlah.


Kekuatan Pulang adalah cerita dan jiwanya.

Hari ini, kita warganegara Malaysia sudah boleh berbangga dengan cinta antara Othman dan Che Thom sepertimana Indonesia berbangga dengan Habibie dan Ainun. Begitu aktor Reza Rehadian unggul di panggung, Remy Ishak tidak kurang hebatnya menghidupkan watak Othman.



Tahniah team #PulangTheMovie dan terima kasih kekanda yang sudi teman walaupun dia tak minat cerita jiwang dan dah banyak kali tanya kepastian, "betul ke adik nak tengok cerita ni?"



“Dulu aku fikir, tak berguna kapal yang tak belayar. Tapi sekarang aku tahu, kapal yang selamanya berkelana tidak berpengkalan.” 
-Othman


P/s: Saya hampir bersetuju dengan netizen yang mengkonklusikan bahawa:
Drama terbaik 2018 : Nur, TV3
Filem terbaik 2018 : Pulang

Tapi bila fikir balik, memang itu sahajalah drama yang saya ikuti dari episod awal sampai yang terakhir. Dan filem ini jugalah yang memang saya saksikan, so far. Mungkin masih ada yang lebih baik?

Next movie : Pascal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star